4 April 2019 - 13:25
A.S Teruskan Tekanan Ke Atas Venezuela

Pentadbiran dan Kongres Amerika Syarikat dilaporkan terus berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas pentadbiran Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dengan memperkenalkan sekatan baru dan memancing para pegawai negara Amerika Latin tersebut untuk berpaling tadah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran dan Kongres Amerika Syarikat dilaporkan terus berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas pentadbiran Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dengan memperkenalkan sekatan baru dan memancing para pegawai negara Amerika Latin tersebut untuk berpaling tadah.

Larry Kudlow, penasihat ekonomi White House, di dalam sebuah sidang akhbar pada hari Rabu berkata bahawa Amerika Syarikat akan menyalurkan wang ke dalam ekonomi Venezuela sejurus selepas negara itu berjaya "menjatuhkan" Maduro.

Kudlow berkata Washington sudah pun bekerja dengan bank dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung rancangan untuk memperbaiki ekonomi Venezuela.

"Kami memanggilnya Hari Kedua. Perkara ini akan menjadi pelan penyelamat, ia akan menjadi pelan penstrukturan semula, ia akan menjadi pelan untuk menyalurkan wang tunai ke negara ini," katanya di dalam taklimat dianjurkan oleh The Christian Science Monitor. -Press TV